Mencintai Aku Dengan Seadanya...Mencintai Aku Bukan Kerna Rupa...

Laman Hatiku

Monday, March 12, 2012

Ashraff Farisya 4

“Nurin, I tak tahu macam mana I nak cakap pada you,”beritahu Ashraff kepada Nurin. Nurin Amilia, kekasih hatinya sejak 2 tahun lalu dipandang sedih. Makanan di dalam pinggannya dikuis-kuis sahaja, seleranya tiada, namun Nurin dihadapannya berselera tanpa mengetahui apa yang ingin dikatakan Ashraff.
“Kenapa you ni? Tell me, I sedia mendengarnya,” tanya Nurin, lembut. Senyuman manis dilemparkan kepada Ashraff. Ashraff resah, kelu.
“You ni macam susah hati je? Why?” tanya Nurin lagi, memandang raut wajah kacak Ashraff.Ramai rakannya menyatakan bahawa Ashraff amat sesuai dengannya, seorang model cantik digandingkan dengan pengarah syarikat kacak dan anak seorang korporat yang bergelar Dato’.
“I nak…kita kahwin!” lamunan Nuin terhenti ketika Ashraff menyatakan hasratnya.
“What??” tanya Nurin semula, minta diulang agar apa yang didengarnya benar.
“Sayang, kita kahwin?”tanya Ashraff semula. Ashraff hanya memandang Nurin penuh harap namun Nurin memberi reaksi yang berbeza.
“Ash, you tahu kan nama I baru dikenali di antarabangsa. I tak mahu ada komitmen lagi. I’m not ready yet, my dear,” beritahu Nurin, lembut.
“Tapi sayang, sampai bila I nak menunggu? I dah masuk 27 tahun sekarang, I tak mahu tunggu lagi Rin. Please sayang, I boleh tanggung you, I boleh jaga you,” pujuk Ashraff lagi.
“What? Do you mean that you want me to stop my career? To stop being model that I alwas wanted? Nonsense!”bentak Nurin. Ashraff terkejut dengan reaksi Nurin, namun dia tahu Nurin pasti marah dengan cadangannya itu. Dia tahu Nurin amat menyayangi kerjaya modelnya.
“Sayang, I don’t mean like that. Don’t be misunderstanding. I just want to marry you. I love you so much but I being old, darling,” terang Ashraff lagi. Nurin memalingkan mukanya daripada Ashraff, tanda dirinya tak bersetuju dan merajuk.
“Namun sayang, I promise you, I takkan halang kerjaya you. But, please Nurin,” pujuknya lagi. Namun Nurin tetap menarik muka masam.
“Kita bincang lain kalilah, I nak balik. Malam nanti I ada show,” Nurin bangun dari kerusinya, berjalan keluar dari restoran itu.
“Nurin! Wait!” panggil Ashraff. Namun dia tidak sempat mengejarnya, Nurin terlebih dahulu berlalu dengan keretanya. Dia cuba mendail nombor telefon Nurin, namun taliannya ditutup.
**************************************************************
“Mama dah tetapkan tarikh tunang kamu, mama harap ia berjalan lancar,” beritahu Datin Zuline, ketika mereka sekeluarga makan bersama. Dato’ Haziq dan Ashraff terkejut dengan kata-kata Datin Zuline. Ashraff mengeluh. ‘Pantas mama buat kerja, terus tunang.’bisik hati Ashraff.
“Bila?” tanya Ashraff tanpa memandang mamanya. Dato’ Haziq hanya mendengar.
“Hujung bulan ini, 2 minggu dari sekarang,” beritahu Datin Zuline, tanpa mengira apa yang akan dikatakan oleh Ashraff nanti.
“What? Zu, bukan ke terlalu cepat?” tanya Dato’ Haziq, terkejut. Datin Zuline memandang suaminya.
“Tunang dulu, belum kahwin lagi. Lepas tunang nanti baru bincang pasal kahwin. Itupun sepatutnya buat lebih awal,”jelas Datin Zuline lagi.
“Mama!”bentak Ashraff, lantas bangun menuju ke biliknya. Pintu biliknya dihempas kuat. Apa jua barang didepannya, ditendang dan dilontarnya. Hatinya sakit mengenangkan keputusan mamanya.
“Ah! Mama langsung tak fikirkan Ash!” amuk Ashraff.
************************************************************
“Ash, esok ikut mama. Tempah baju tunang,” beritahu Datin Zuline. Ashraff tidak memandang Datin Zuline. Suapannya diteruskan walaupun seleranya tiba-tiba mati mendengarkan kata-kata Datin Zuline.
“Ash, mama is talking to you!” marah Datin Zuline.
“Perlu ke?” tanya Ashraff, acuh tak acuh.
“Jangan mengelak lagi. Tempahan itu perlukan kamu di sana,” beritahu Datin Zuline lagi.
“Baik mama,” jawab Ashraff, malas.
“Ash,” Datin Zuline tidak meneruskan kata-katanya apabila disampuk oleh Dato’ Haziq.
“Zu, cukuplah. Tak baik macam tu, kita tengah makan ni,”beritahu Dato’ Haziq.
*************************************************************
“Rina! Sorry I terlambat,” Datin Zuline memohon maaf kepada Marina ketika menjejak kakinya ke Butik Astana milik Marina. Marina hanya tersenyum, mengangguk.
“You datang sorang je? Mana anak you?” tanya Marina, tidak sabar.
“Oh, ada. He got the call, nanti my son masuk,” beritahu Datin Zuline. Dan ketika itulah Ashraff masuk mencari mamanya.
“Mama,”
“Marina, I introduce you, my son, Iqram Ashraff Bin Haziq. Ash, salam,” Ashraff menurutinya, menyalami Marina. Senyuman manis dilontarkan.
“Wah, handsome anak you, Datin. Bertuah I dapat menantu seperti Ashraff ni,” puji Marina, tergelak-gelak. Datin Zuline turut sama ketawa, mengiyakan.
“Jom Ashraff, aunty tunjukkan baju tunang. Kita ukur, tehn ubah mana-mana yang kurang,” ajak Marina, membawa Ashraff ke tempat persalinan.
“Sebenarnya Datin, anak I pun ada kat sini,” beritahu Marina. Datin Zuline tercari-cari Farisya.
“Risya ada kat dalam tu, try baju. Risya!” panggil Marina. Farisya yang sedang mencuba baju, keluar dari tempat persalinan dengan memakai baju kebaya untuk pertunangannya nanti.
“Risya, ini Datin Zuline. Datin, this is my daugther, Diana Farisya,” Marina memperkenalkan Farisya. Farisya menyalami  dengan sopan dan hormat.
“Apa khabar, aunty?” tanya Farisya, ramah. Datin Zuline tersenyum gembira melihat Farisya, terus memeluknya. Farisya terkejut dengan tindakan Datin Zuline itu. ‘Baiknya bakal mentua aku ni.’pujinya dalam hati.
“Aunty sihat. Cantiklah Farisya, semulajadi cantik! Dengan pakaian ni, lagi menarik aunty tengok. Rina, I betul-betul berkenan dengan anak you ni,” ucap Datin Zuline, ikhlas. Marina hanya tersenyum, senyum yang dibuat-buat apabila Datin Zuline memuji Farisya. ‘Silalah berkenan dengan banyak, bolehlah aku kaya dengan lebih cepat, haha’ Marina tersengih.
“Mama, Ash..” tak sempat Ashraff meneruskan kata-katanya, dia terpandang Farisya. ‘Siapa gadis ni? Cantik! Comel’ bisik hati Ashraff, pujian pertama setelah memandang Farisya.
“Kenapa? Haa Ash, ini mama kenalkan your future wife, Diana Farisya. Risya, ini Iqram Ashraff,” datin Zuline memperkenalkan mereka. ‘ Ini orangnya yang akan pisahkan aku dengan Nurin? Ah, takkan sesekali aku menerima kau dengan mudah!’ marah Ashraff namun hanya dalam hatinya.
“Mama, Ash ada hal lepas ni. Cepatlah,”desak Ashraff.
“Ash, tak boleh ke kamu luangkan masa hari ni dengan mama?” tanya Datin Zuline.
“Tak boleh, mama,” jawabnya, jujur. ‘Kurang ajar lelaki ini, dengan mama sendiri pun boleh bantah, angkuh, ego! Ahh, tak suka!’ jerit hati Farisya.
“Ash, cancel all you appointment today! Lunch with us! Jangan bantah. go try your clothe, now,” tegas Datin Zuline kepada anaknya. Farisya berlalu ke tempat persalinan semula, meninggalkan Marina dan Datin Zuline.
“Risya? Nak ke mana?”tanya Marina
“Tukar baju. Risya dah cuba baju ni, dah okay,”beritahu Farisya.
“Tak payah lagi. Nanti nak padankan dengan baju Ashraff,” pesan Marina.
“Baik, ma,”
“Ash, ini bajunya. Sana tempat persalinan lelaki,” beritahu Marina, tersenyum manis. Ashraff mengambil baju yang dihulurkan dan menuju ke tempat persalinan lelaki. Ashraff menuruti dengan perasaan tidak puas hati. Dia sempat menjeling tajam kepada Farisya. ‘Apa hal mamat ni nak emo sangat?’bisik Farisya.
“What? Are you talking to me?” tanya Ashraff, kasar dan garang. Farisya terkejut dengan pertanyaan Ashraff itu.
“No, nothing!” jawb Farisya, selamba. Ashraff menuju malas ke tempat persalinan.

Sunday, March 11, 2012

Ashraff Farisya 3

“What? Mama, listen here. Nia nak jadi model. Mana boleh kahwin awal! NO, mama! I don’t want it,” bentak Dania mendengar cadangan mamanya.
“Tapi Nia, bantulah mama. Mama dah berjanji dengan Datin Zuline. Mana mungkin mama mungkir janji,” pujuk Marina lagi, Faizul hanya memerhati lagak Marina. Semalam, dia diberitahu tentang hajat Datin Zuline ingin meminang anak mereka dan Marina ingin menjodohkan anak kesayangannya dengan anak Datin Zuline. Faizul tidak melarang, tidak juga mengiyakan, namun bergantung apa kata anaknya.Tapi tidak disangka, Marina bertindak memaksa.
“Mama, I think you should suggest Risya pada Datin Zuline. Risya bukannya ada kerjaya lagi,” cadang Dania, menghasut Marina pula. Marina memandang Farisya yang sedang menonton cerita di televisyen. Farisya terkejut dengan cadangan kakaknya itu. Farish dan Faizul juga terkejut. Semua memandang Farisya.
“Risya? Betul juga tu. Mama pun tak terfikirkan,” kata Marina pula.
“Rina, awak fikir betul-betul dulu,” beritahu Faizul pula, tak mahu Marina memaksa Farisya yang masih belajar itu.
“Rina malas nak fikir lagi,bang. Rina anggap Risya setuju je,” keputusan dibuat tanpa persetujuan Farisya. Farisya masih lagi terdiam, terkejut dengan keputusan mamanya.
“Mama! Mama tak boleh setuju macam tu je. Mama patut tanya kak Risya dulu!” marah Farish mendengar cadangan Dania dan persetujuan mamanya.
“Mama…” panggil Farisya, airmatanya mengalir.
“Dah, tak payah menangis lagi, aku tetap akan kahwinkan kau dengan anak Datin Zuline tu,” Marina membuat kata putus, lalu mendaki tangga menuju ke biliknya.
“Papa, Risya tak mahu. Risya…” beritahu Risya kepada Faizul. Farisya terduduk menangis di depan Faizul. Faizul menggosok kepala anaknya itu. Dirinya tetap kasih dan sayang pada anak keduanya itu. Dia tahu kenapa Farisya dibenci mamanya sendiri, kerana itulah, Faizul tidak dapat membantah keputusan Marina.
“Sabarlah sayang, papa pun tak dapat nak bantah mama,” ucap Faizul.
“Papa..”panggil Farisya lagi. Farish yang melihat adegan itu, berlalu keluar menuju ke laman rumahnya, sakit hati dengan kelakuan mama, papa dan kakaknya, Dania.
“Kau tak payah nak memujuk, merayu, menangis laa, mama dah setuju. Okay la tu, daripada kau duk menetap terus di rumah ni, bersemak je. Dah cukup baik mama kahwinkan kau!” keji Dania, tanpa menghiraukan Faizul yang juga berada di situ.
“Dania!” bentak Faizul pula. Dania lantas berlalu menuju ke biliknya. Faizul menyesal dengan perangai Dania yang tidak menghormati orang tua sehinggakan dirinya pun tidak dihiraukan. Itulah sebabnya jika terlalu dimanjakan sejak dari kecil lagi.
“Maafkan papa, sayang,” ucap Faizul kepada Farisya.
     ******************************************************
“Ma! Ash tak nak kahwin! Ash perlukan masa lagi! Mama tak boleh paksa Ash macam ni,” marah Ashraff atau Iqram Ashraff nama diberi.
“Mama tak kira, kalau Ash tak terima, mama dah tak mahu tahu pasal Ash lagi!” marah dan ugut Datin Zuline. Ashraff hanya berdiam diri.
“Mama tak tahu kenapa anak mama jadi macam ni, dah tak mahu ikut kata ibubapa, membantah kata mama, berdosa Ashraff. Mama pun dah tua, bilalah mam dapat tengok anak mama kahwin, timang cucu. Sunyi rumah ni,” rajuk Datin Zuline, sayu lalu beredar ke biliknya.
“Mama…kenapa buat Ash macam ni, Ash tak tahu lagi nak beritahu mama macam mana,” luah Ashraff seorang diri.
“Ash, kenapa ni?” tiba-tiba datang Dato’ Haziq menanyakan dirinya.
“Pa, kenapa mama buat macam tu? Ash tak sukalah. Entah siapa-siapa budak tu,” adunya kepada Dato’ Haziq. Dato’ Haziq hanya berdiam.
“Ashraff, papa tak paksa Ash buat keputusan, tapi papa harap Ash terimalah jodoh mama berikan tu. Fikirkanlah mama,” ucap Dato’ Haziq.
“Papa!” bentak Ashraff, meninggalkan papanya di ruang tamu dan berlalu pergi meninggalkan rumahnya. Porsche Cayman S milik Ashraff meredah lebuhraya tanpa arah tujuan. Fikirannya kusut dengan permintaan Datin Zuline.