“What? Mama, listen here. Nia nak jadi model. Mana boleh kahwin awal! NO, mama! I don’t want it,” bentak Dania mendengar cadangan mamanya.
“Tapi Nia, bantulah mama. Mama dah berjanji dengan Datin Zuline. Mana mungkin mama mungkir janji,” pujuk Marina lagi, Faizul hanya memerhati lagak Marina. Semalam, dia diberitahu tentang hajat Datin Zuline ingin meminang anak mereka dan Marina ingin menjodohkan anak kesayangannya dengan anak Datin Zuline. Faizul tidak melarang, tidak juga mengiyakan, namun bergantung apa kata anaknya.Tapi tidak disangka, Marina bertindak memaksa.
“Mama, I think you should suggest Risya pada Datin Zuline. Risya bukannya ada kerjaya lagi,” cadang Dania, menghasut Marina pula. Marina memandang Farisya yang sedang menonton cerita di televisyen. Farisya terkejut dengan cadangan kakaknya itu. Farish dan Faizul juga terkejut. Semua memandang Farisya.
“Risya? Betul juga tu. Mama pun tak terfikirkan,” kata Marina pula.
“Rina, awak fikir betul-betul dulu,” beritahu Faizul pula, tak mahu Marina memaksa Farisya yang masih belajar itu.
“Rina malas nak fikir lagi,bang. Rina anggap Risya setuju je,” keputusan dibuat tanpa persetujuan Farisya. Farisya masih lagi terdiam, terkejut dengan keputusan mamanya.
“Mama! Mama tak boleh setuju macam tu je. Mama patut tanya kak Risya dulu!” marah Farish mendengar cadangan Dania dan persetujuan mamanya.
“Mama…” panggil Farisya, airmatanya mengalir.
“Dah, tak payah menangis lagi, aku tetap akan kahwinkan kau dengan anak Datin Zuline tu,” Marina membuat kata putus, lalu mendaki tangga menuju ke biliknya.
“Papa, Risya tak mahu. Risya…” beritahu Risya kepada Faizul. Farisya terduduk menangis di depan Faizul. Faizul menggosok kepala anaknya itu. Dirinya tetap kasih dan sayang pada anak keduanya itu. Dia tahu kenapa Farisya dibenci mamanya sendiri, kerana itulah, Faizul tidak dapat membantah keputusan Marina.
“Sabarlah sayang, papa pun tak dapat nak bantah mama,” ucap Faizul.
“Papa..”panggil Farisya lagi. Farish yang melihat adegan itu, berlalu keluar menuju ke laman rumahnya, sakit hati dengan kelakuan mama, papa dan kakaknya, Dania.
“Kau tak payah nak memujuk, merayu, menangis laa, mama dah setuju. Okay la tu, daripada kau duk menetap terus di rumah ni, bersemak je. Dah cukup baik mama kahwinkan kau!” keji Dania, tanpa menghiraukan Faizul yang juga berada di situ.
“Dania!” bentak Faizul pula. Dania lantas berlalu menuju ke biliknya. Faizul menyesal dengan perangai Dania yang tidak menghormati orang tua sehinggakan dirinya pun tidak dihiraukan. Itulah sebabnya jika terlalu dimanjakan sejak dari kecil lagi.
“Maafkan papa, sayang,” ucap Faizul kepada Farisya.
******************************************************
“Ma! Ash tak nak kahwin! Ash perlukan masa lagi! Mama tak boleh paksa Ash macam ni,” marah Ashraff atau Iqram Ashraff nama diberi.
“Mama tak kira, kalau Ash tak terima, mama dah tak mahu tahu pasal Ash lagi!” marah dan ugut Datin Zuline. Ashraff hanya berdiam diri.
“Mama tak tahu kenapa anak mama jadi macam ni, dah tak mahu ikut kata ibubapa, membantah kata mama, berdosa Ashraff. Mama pun dah tua, bilalah mam dapat tengok anak mama kahwin, timang cucu. Sunyi rumah ni,” rajuk Datin Zuline, sayu lalu beredar ke biliknya.
“Mama…kenapa buat Ash macam ni, Ash tak tahu lagi nak beritahu mama macam mana,” luah Ashraff seorang diri.
“Ash, kenapa ni?” tiba-tiba datang Dato’ Haziq menanyakan dirinya.
“Pa, kenapa mama buat macam tu? Ash tak sukalah. Entah siapa-siapa budak tu,” adunya kepada Dato’ Haziq. Dato’ Haziq hanya berdiam.
“Ashraff, papa tak paksa Ash buat keputusan, tapi papa harap Ash terimalah jodoh mama berikan tu. Fikirkanlah mama,” ucap Dato’ Haziq.
“Papa!” bentak Ashraff, meninggalkan papanya di ruang tamu dan berlalu pergi meninggalkan rumahnya. Porsche Cayman S milik Ashraff meredah lebuhraya tanpa arah tujuan. Fikirannya kusut dengan permintaan Datin Zuline.
No comments:
Post a Comment