Mencintai Aku Dengan Seadanya...Mencintai Aku Bukan Kerna Rupa...

Laman Hatiku

Friday, July 8, 2011

ASHRAFF FARISYA 2

"What??? Mama, listen here. Nia nak jadi model. Mana boleh Nia kahwin awal! No, mama! I don't want it," bentak Dania, mendengar cadangan mamanya.
"Tapi Nia, bantulah mama. Mama tak boleh mungkir janji, sayang." pujuk Marina lagi, Faizul hanya memerhati tingkah dua beranak itu.
"I think you should suggest Risya pada Datin Zuline, mama," cadang Dania.
"Risya? Betul juga tu!" Marina menyokong cadangan yag diusulkan oleh anak kesayangannya itu.
"Mama! Mama tak boleh nak setuju macam tu saje. Mama kena tanya kak Risya dulu!" marah Farish mendengar cadangan Dania dan persetujuaan dari mamanya.
"Mama..." panggil Farisya, separuh merayu, airmatanya mengalir. Faizul sudah bangun dari kerusinya.
"Ah, kau jangan nak menangis di situ! Aku akan kahwinkan kau dengan anak Datin Zuline tu," Marina membuat kata putusnya lalu mendaki tangga menuju ke biliknya.
"Papa... Risya tak mahu, papa. Tolonglah," rayu Farisya pada Faizul pula. Farisya dah terduduk menangis di depan Faizul. Faizul menarik Farisya dalam dakapannya dan hanya menggosok2 kepala anaknya itu. Dirinya tetap kasih dan sayang pada anaknya yang kurang kasih sayang daripada ibunya. 'Marina, kenapalah Rina buat begini?'bisik hati Faizul.
"Sabarlah sayang, papa pun tak dapat nk bantah," ucap Faizul, memujuk.
"Papa..."panggil Farisya lagi. Farish sudah menapak keluar dari rumah menuju ke laman rumanya, hatinya sakit dengan kelakuan mama, papa dan kakaknya, Dania.
"Dah laa, kau tak payah nak memujuk, merayu. Mama dah setuju, okeylah. Daripada kau menetap terus di sini, baiklah tu mama kahwinkan kau! Bolehlah nanti laki kau tu jaga kau!" keji Dania.
"DANIA!" bentak Faizul pula, benggang dengan perangai anak sulungnya itu. Dania lantas menuju naik ke biliknya.
"Maafkan papa, sayang," ucap Faizul kepada Farisya. Dirinya tak berdaya melawan Marina. Walaupun dirinya ketua di syarikat, namun di rumah, Marinalah ketuanya. Barannya tidak boleh dilawan.

*******************************************************************

"MA! Ash tak nak kahwin, ma! Ash perlukan masa lagi, ma tak boleh paksa Ash begini, " marah Iqram Ashraff, anak sulung pasangan Dato' Haziq dan Datin Zuline.
"Mama tak kira, kalau Ash tak terima, mama dah tak mahu tahu pasal Ash lagi!" marah Datin Zuline. Ashraff terdiam mendengarnya.
"Mama tak tahu kenapa anak mama jadi macam ni, dah tak mahu ikut kata ibubapa, mebantah kata mama, berdosa Ashraff. Mama pun dh tua, bilalah mama dapat tengok anak-anak mama kahwin, timang cucu. Sunyi rumah ni," rajuk Datin Zuline lalu beredar ke biliknya.
"Mama...kenapalah buat Ash macam ni, Ash tak tahu nak beritahu mama macam mana lagi." luah Ashraff seorang diri.
"Ash, kenapa ni?" tiba-tiba Dato' Haziq, papanya, menyapa.
"Pa, kenapa mama buat macam tu? Ash tak suka lah. Entah siapa-siapa buadak tu," adu Ashraff kepada Dato' Haziq. Dato' Haziq hanya mendiamkan diri.
"Ash, papa tak paksa Ash buat keputusan tapi papa harap Ash terima jodoh yang mama berikan," ucap Dato' Haziq.
"Papa!" bentak Ashraff lagi. Ashraff meninggalkan papanya di ruang tamu dan berlalu keluar menuju ke keretanya. Dia berlalu pergi meninggalkan rumahnya. Kereta Porsche Cayman S milik Ashraff meredah lebuhraya tanpa arah tujuan. Kepalanya kusut dengan permintaan Datin Zuline dan juga kekasih hatinya, Nurin.

*******************************************************************

"Nurin! I tak tahu macam mana I nak cakap pada you," beritahu Ashraff kepada Nurin Amalia, kekasih hatinya sejak 2 tahun lepas. Makanan di dalam pinggannya dikuis2 sahaja, seleranya tiada, namun Nurin di hadapannya berselera tanpa mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Ashraff.
"Kenapa you ni, beritahulah. I sedia mendengarnya," tanya Nurin, lembut. Senyuman manis dilemparkan kepada Ashraff. Ashraff resah. Senyuman inilah yang sentiasa membuatkan Ashraff kalah dengan Nurin, senyuman seorang model yang cantik lagi menawan hatinya.
"You ni kenapa? Susah hati je?" tanya Nurin lagi, memandang raut kacak Ashraff. Ramai rakannya mengatakan bahawa Ashraff amat sesuai dengannya, seorang model cantik digandingkan dengan pengarah syarikat kacak dan anak seorang korporat yang bergelar Dato'.
"I nak kita kahwin!" lamunan Nurin terhenti ketika Ashraff menyatakan hasratnya.
"WHAT?" tanya Nurin, terkejut dan minta diulang.
"Kita kahwin?" tanya Ashraff kepada Nurin. Ashraff hanya memandang Nurin dengan penuh harap, namun Nurin membalas dengan reaksi yang berbeza.
"Ash, you tahukan nama I baru dikenali di antarabangsa. I tak mahu rosakkannya, I tak mahu ada komitmen lain. I'm not ready yet, my dear,"beritahu Nurin, lembut dan merayu.
"Tapi sayang, sampai bila I nk tunggu? I almost 30, I dah 27 tahun sekarang, I tak mahu tunggu lagi. Please syang, I boleh tanggung you,Rin, I boleh jaga you," pujuk Ashraff lagi.
"What? Do you mean that you want me to stop my career? To  stop being a model that I'm always wanted it?? Nonsense!" bentak Nurin, Ashraff terkejut dengan reaksi Nurin, namun dia tahu Nurin pasti marah dengan cadangannya itu.
"Sayang, I don't mean like that. Don't be misunderstanding. I just want to marry you. I being old, darling," terang Ashraff lagi. Nurin hanya memalngkan mukanya.
"Nurin sayang, I promise you, I tak akan halang kerjaya you. But, please Nurin," pujuknya lagi. Nurin menarik muka masam.
"Kita bincang lain kalilah, I nak balik. Malam ni ada show," Nurin bangun dari kerusinya, berjalan keluar dari restoran itu.
"Nurin! Wait!" panggil Ashraff. Namun dia tak sempat mengejarnya, Nurin telah berlalu dengan keretanya. Dia cuba mendail telefon bimbit Nurin, namun taliannya ditutup.

No comments:

Post a Comment