“Benggong mana yang sentuh kasut aku ni!!!” marah Dania Farina yg lebih selesa dipanggil Nia.
“Mak Jah!!!” laung Dania. Mak Jah selaku pembantu rumah pasangan Faizul dan Marina, berlari-lari mendapatkan anak sulung majikannya itu.
“Iye Cik Dania, ada apa?” tanya Mak Jah, lembut.
“Kan aku dh cakap jangan usik barang2 aku! Kenapa kau bengap sangat?!” marah Dania lagi kepada Mak Jah. Mak Jah hanya tunduk, bisu.
“Mak Jah minta maaf Cik Dania,” mohon Mak Jah.
“Akak ni kenapa? Bukannya rosak kasut akak tu, Mak Jah alih je kasut tu ke tepi. Akak ni memekak je, diri sendiri yang letak merata2, orang lain dimarahnya,” bebel adik lelakinya yang baru menapak masuk dari luar pintu itu menyampuk daripada Mak Jah dimarahi kakak sulungnya.
“Rish! Kau jangan nk masuk campur!” marahnya diluahkan pula kepada Danial Farish, adik bongsunya yang lebih selesa dipanggil Rish.
“Mak Jah, jangan dihiraukan akak tu. Mak Jah masuklah ke dalam,” beritahu Farish kepada Mak Jah yang masih berdiri disitu.
“Jom Mak Jah, Risya ikut Mak Jah ke dapur, Risya pun dahaga ni. Jom Mak Jah,” ajak Diana Farisya atau selesa dipanggil Risya, seorang gadis yang lembut hati dan pandai memujuk. Farisya memaut lengan Mak Jah, menarik Mak Jah mengikutinya.
“Baguslah! Kau pun dh sama mcm orang gaji rumah ni, Risya. Aku pun dh benci, meluat tgk muka kau kat sini, kan lebih baik kau duduk je kat dapur tu. Menyusahkan je!” marah Dania berubah pula kepada Farisya. Namun, langkah Farisya tetap diteruskan.
“Akak! Kenapa nk libatkan kak Risya pula? Akak ni dh melampau!” kemarahan Farish memuncak apabila Dania melibatkan Farisya.
“Ikut suka hati aku la!” bentaknya, lalu menyarung kasutnya dan berlalu ke keretanya.
“Mak Jah, maaflah perangai akak tu,” Farisya memohon maaf atas kebiadapan Dania. Mak Jah hanya tersenyum.
“Risya, Mak Jah dh lama jaga dan besarkan kamu bertiga, Mak Jah sendiri pun dh kenal perangai Cik Dania, Risya dan Farish jgk. Mak Jah dh masak dengan semua tu, dh bnyak Mak Jah lalui, Risya. Usah bimbang,” Mak Jah bersuara. Mak Jah sendiri sudah sedia maklum dengan perangai orang di dalam rumah itu, sejak Farish lahir lagi. Dania, perangainya tak ubah seperti ibunya, Puan Marina, panas baran, asyik melenting dan mengarah orang sesuka hatinya, malah tidak akan memikirkan perasaan orang lain skiranya bercakap. Berbeza dengan Farisya dan Farish yang lebih lembut hati, mesra, penyabar, bersopan dan menghormati orang lain yang mana lebih menyerupai bapanya, Tuan Faizul yang lebih menurut kata2 Puan Marina, namun Farish juga memiliki sedikit perangai ibunya, bersikap melawan.
“Mak Jah? Termenung?” acah Farisya, tersenyum. Farisya memeluk Mak Jah, yang lebih mesra dengan Farisya berbanding ibunya sendiri. Dia sendiri dibesarkan oleh Mak Jah. Ibunya lebih menumpukan perhatian kepada kakaknya, Dania dan butiknya, dan kadang2 Farish dilayan juga. Manakala dirinya dibiarkan tanpa kasih sayang, dirinya asyik dimarahi dan kadang2 dipukul. Tuan Faizul pula lebih banyak menguruskan syarikatnya, dan hanya sesekali meluangkan masa dengan anak2nya. Hati Farisya tertalu sedih diperlakukan sebegitu, entah tak tahu kenapa dirinya diabaikan oleh ibunya seperti tidak pernah wujud di dalam rumah itu, malah dibenci kakaknya juga. Namun nasibnya baik, kadang2 bapanya menyebelahinya, adiknya Farish juga sama, sekarang setelah Farish meningkat remaja, Farish lebih membela dirinya yang sentiasa diabaikan, memberinya semangat berada di dalam rumah besar milik Tuan Faizul dan Puan Marina.
*********************************************************************************************
“Datin, you dh banyak berbudi pada I, I pn dh banyak berhutang dengan you Datin, I sendiri tak tahu mcm mana nk balas budi you nanti. Thank you very much, Datin. I’m really appreciate you, Datin,” beritahu Marina, tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Datin Zuline atas pertolongan yang diberikan, juga sudi membayarkan hutang Butik Astana milik Marina.
“It’s okay Rina. I pn dh sukakan butik you ni. You kan tahu dari muda lagi I selalu ke sini, I dh terlalu sayangkan Butik Astana ini, dan juga you Rina. If you need anything, just told me. I will help you.” beritahu Datin Zuline Arqam.
“Dah banyak yang Datin tolong disini,” jelas Marina. Datin Zuline memegang tangan Marina yang kini dianggap sahabat baiknya.
“Marina, sejak dulu lagi I teringin nk bersama you membangunkan Butik Astana, tapi my husband cakap you tak ada apa-apa pertalian dengan I ataupun dia sendiri, dia bimbang I ditipu. Dia taknak I sedih dan kecewa, you know that right,” jelas Datin Zuline lagi. Impiannya ingin membuka butik sendiri tidak dibenarkan malahan ingin berkongsi dengan Marina juga tidak dibenarkan.
“I know that, Datin. He loves you more. Datin pun sama, kan?”acah Marina, ketawa kecil. Datin Zuline mengiyakan kenyataan Marina itu.
“Yes, of course! Rina, you have two girls right? Dania and Farisya? Dan Farish kan?”tanya Datin Zuline.
“Iye Datin. Dania sekarang model, baru menjejak ke bidang itu. Farish pula masih di UPM, bussiness course. To be a heir of my husband’s company,” jelas Marina.
“Farisya? Apa dia buat sekarang? She’s a cute one, right?” tanya Datin Zuline, apabila Marina tidak menyebut tentang Farisya.
“Oh…Risya? Dia cuma di UITM Shah Alam,” beritahu Marina.
“Rina, I have one idea to help your Butik Astana. You mesti nak I bantu you besarkan dan promosikan butik you ini dengan lebih besar lagi kn?” tanya Datin Zuline, ingin memberikan ideanya.
“Semestinya, Datin. Tapi, macammana?
“I think we should have a relationship. Why not, kita berbesan?” Datin Zuline memberikan cadangannya kepada Marina. Marina terkejut dengan cadangan itu.
“Berbesan?”
No comments:
Post a Comment